Khamis, 18 Februari 2010

LATIHAN OBJEKTIF BAB 4 TG4

BAB 4: KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH


1. Mengapakah masyarakat Arab dalam tempoh pecahnya Empangan Maarib hingga turunnya wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w digelar masyarakat Jahiliah?

A Tiada pemimpin
B Tidak menghormati tetamu
C Tiada aktiviti perdagangan
D Tidak menerima kebenaran

2 Antara berikut yang manakah merupakan ciri-ciri masyarakat Arab Jahilliah?

I Membenarkan rompakan
II Menghalang amalan poligami
III Mewariskan harta pada wanita
IV Mengamalkan semangat assabiyah

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

3 Mengapakah peperangan al-Basus berlarutan selama 40 tahun?

A Merebut kawasan
B Melibatkan banyak puak
C Campur tangan kuasa luar
D Semangat kesukuan melampau

4 Bagaimanakah Nabi Muhammad s.a.w menjalankan dakwah Islamiah pada peringkat awal penyebaran agama Islam di Makkah?

A Secara rahsia
B Secara terbuka
C Secara paksaan
D Secara berkumpulan

5 Mengapakah orang Arab Quraisy enggan tunduk kepada kepimpinan Nabi
Muhammad s.a.w. ?

A Mengancam keselamatan
B Membantut pembangunan
C Mengganggu hubungan luar
D Menggugat pengaruh mereka

Tiada ulasan: