BAB 1: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA
1. Pengkhususan Pekerjaan merujuk kepada amalan yang dipraktikkan dalam tamadun awal manusia.
Apakah kesan hasil amalan tersebut?
A. Perluasan empayar
B. Peningkatan penduduk
C. Perkembangan ekonomi
D. Pemantapan sistem perundangan
2. Perdagangan merupakan aktiviti yang amat penting dalam tamadun Mesopotamia.
Mengapakah keadaan ini berlaku?
A. Galakan pemerintah
B. Kemajuan pelabuhan
C. Kekuatan angkatan laut
D. Kekurangan bahan mentah
3 Sistem pendidikan dalam kerajaan Mesir Purba diwujudkan untuk kanak-kanak golongan atasan.
Apakah kepentingan pendidikan dalam kerajaan tersebut?
A. Meluaskan pengaruh pemerintah
B. Mengawal keamanan negara
C. Melahirkan pegawai kerajaan
D. Memantapkan institusi agama
4. Masyarakat Indus bijak mengeksploitasi kelebihan yang mereka miliki dalam membina tamadun yang cemerlang.
Apakah ikhtibar yang boleh dicontohi oleh generasi hari ini?
A. Sifat pemaaf
B. Sifat keterbukaan
C. Kekuatan tentera
D. Kemajuan pertanian
5. Bagaimanakah raja-raja Dinasti Chan mengawal kuasa golongan pembesar tempatan di setiap wilayah?
I. Pemberian hadiah
II. Pembinaan istana
III Pembayaran gaji tetap
IV. Perlantikan sebagai ketua agama
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Tiada ulasan:
Catat Ulasan