Khamis, 18 Februari 2010

LATIHAN OBJEKTIF BAB 5 TG4

BAB 5: KERAJAAN ISLAM DI MADINAH


1 Mengapakah umat Islam menyangkal pendapat Orientalis Barat yang mentafsirkan hijrah
sebagai satu pelarian?

A Mencari kemewahan hidup
B Sokongan masyarakat Quraisy
C Muhajirin disediakan tempat tinggal
D Perpindahan Muhajirin tidak dihalang

2 Cara Nabi Muhammad s.a.w. mendirikan sebuah kerajaan berbeza daripada pemimpin lain di dunia.

Apakah perbezaan yang dimaksudkan?

A Mengasaskan kerajaan terlebih dahulu
B Menubuhkan pasukan tentera yang kuat
C Melantik pegawai-pegawai yang berkaliber
D Menyusun perlembagaan terlebih dahulu

3 Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandak merupakan beberapa siri peperangan antara orang Quraisy Makkah dengan orang Islam Madinah.

Mengapakah umat Islam terbabit dalam peperangan tersebut?

A Menyebarkan Islam
B Meluaskan empayar
C Meningkatkan ekonomi
D Mempertahankan maruah

4 Pada pendapat anda, mengapakah kedudukan Islam semakin kuat selepas Perjanjian Hudaibiyah?

A Pengukuhan sistem khalifah
B Pengiktirafan kerajaan Islam
C Pembentukan kerajaan pusat
D Penetapan sempadan kerajaan Islam

5 Pembukaan semula Kota Makkah oleh Nabi Muhammad s.a.w berlaku pada tahun 630 Masihi.

Apakah kesannya terhadap Kota Makkah?

I Sebagai kota suci
II Sebagai wilayah Islam
III Menjadi pusat pentadbiran
IV Menjadi pusat kebudayaan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Tiada ulasan:

Catat Ulasan