Khamis, 18 Februari 2010

LATIHAN OBJEKTIF BAB 3 TG4

BAB 3 : TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA


1. Kerajaan Funan berperanan sebagai kerajaan agraria kemudiannya telah berkembang menjadi kerajaan maritim.
Apakah faktor yang mempengaruhi perkembangan tersebut?

A. Kestabilan politik
B. Kekayaan hasil bumi
C. Kemajuan pelabuhan
D. Kepentingan Tasik Tonle Sap


2. Kerajaan Kedah Tua berperanan sebagai pelabuhan entrepot sebelum Melaka.

Apakah buktinya?

A. Tinggalan monumen
B. Jumpaan syiling emas
C. Penemuan arca logam
D. Penemuan tembikar China


3. Kerajaan agraria dan kerajaan maritim saling melengkapi satu sama lain.
Mengapakah keadaan ini berlaku?

I. Kerajaan agraria membekalkan binatang kenderaan
II. Kerajaan maritim menghasilkan makanan
III. Kerajaan agraria memerlukan tenaga mahir
IV. Kerajaan maritim membekalkan barang mewah

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV


4. Bagaimanakah raja-raja dalam kerajaan awal di Asia Tenggara mengukuhkan kuasa?

I. Memajukan sistem perhubungan
II. Mengamalkan adat pertabalan
III. Mendirikan kompleks kota
IV. Memantapkan sistem ekonomi

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV


5 Bahasa Sanskrit merupakan salah satu elemen pengaruh Hindu – Buddha di Asia Tenggara
Apakah kesan kewujudan bahasa tersebut bagi masyarakat Asia Tenggara?

A. Memajukan ekonomi
B. Melahirkan tulisan Jawi
C. Meningkatkan daya intelek
D. Mengukuhkan kuasa pembesar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan